“Keadaan tanah tempat penanaman pokok zaitun merupakan salah
satu faktor menghasilkan kualiti minyak zaitun yang terbaik.”
Keadaan tanah yang gersang, cuaca panas yang melampau dan sistem pengairan yang minimum
serta tiada baja atau racun serangga yang digunakan menyebabkan tahap pertahanan spesis
pokok zaitun sangat tinggi untuk terus hidup dan sekaligus menghasilkan minyak zaitun yang
berkualiti dan berkhasiat tinggi.
Mengandungi :
Bebas lemak trans.
Tinggi nilai Vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Tinggi nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan.
Antara kelebihan Olivie Plus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ adalah:
Diimport dari Morocco.
Menggunakan teknik perahan “Mechanically Cold-pressed”.
Mendapat pensijilan Halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM.
Mendapat pensijilan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU).
Mendapat pensijilan Makanan Organik, MESTI dan MyFood Tag daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Pengambilan (Umum) :
Ambil 1-2 sudu (15ml).
Jika tidak biasa dengan rasa pahit, boleh dimakan bersama madu asli atau dijadikan dressing salad.
Cara Penyimpanan :
Simpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh daripada cahaya matahari atau simpan semula di dalam kotak.
Setelah dibuka, pastikan botol ditutup dengan rapi.
Habiskan dalam masa 2 bulan (maksimum) setelah penutup dibuka.