Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ dihasilkan menggunakan teknik perahan ‘Mechanically Cold-Pressed’ yang mengekalkan nutrisi dan antioksida penting di dalam minyak zaitun.

Teknik perahan ‘Mechanically Cold-Pressed’ menunjukkan bahawa tiada haba digunakan untuk mengeluarkan minyak daripada zaitun. Penambahan haba kepada buah menghasilkan minyak yang lebih banyak tetapi pada masa yang sama ia boleh memusnahkan rasa, aroma dan maanfat minyak tersebut.

Mengandungi :

  • Bebas lemak trans dan bebas kolesterol
  • Tinggi nilai Vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus
  • Tinggi nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan

Antara kelebihan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ adalah:

  • Diimport dari Turki.
  • Dihasilkan menggunakan teknik “Mechanically Cold-pressed”.
  • Mendapat pensijilan Halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM.
  • Mendapat pensijilan Organik daripada ‘European Union’ (EU).
  • Mendapat pensijilan Makanan Organik, MESTI dan MyFood Tag daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.