Madu ini dihasilkan oleh lebah liar yang mengumpul nektar dari
ribuan bunga (multiflora) di kawasan pergunungan Kyrgyzstan yang
segar dan jauh dari pencemaran.
Antara kelebihan Madu Pergunungan Kyrgyzstan adalah:
Tekstur bergranul dan likat (kurang kandungan air)
Madu pergunungan dari pelbagai spesis bunga (multifloral)
Diiktiraf Autentik yang bermaksud produk adalah tulen oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Mendapat pensijilan MESTI dan MyFood Tag daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mengandungi sukrosa rendah dan kombinasi fruktosa dan glukosa yang tinggi
Cara Pengambilan (Umum) :
Makan satu sudu kecil madu atau boleh dicampurkan dengan segelas air suam
Boleh juga dijadikan sebagai pemanis semulajadi (pengganti gula)
Cara Penyimpanan :
Simpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh daripada cahaya matahari atau simpan semula di dalam kotak.
Setelah dibuka, pastikan botol ditutup dengan rapi.