Minyak Kelapa Dara Olive House dihasilkan dari kelapa segar yang diproses terus dari ladang. Ia dihasilkan secara semulajadi melalui proses perahan sejuk (cold-pressed) inti kelapa dan melalui dua kali proses tapisan. Keseluruhan proses dilakukan di bawah suhu 60 darjah Celsius tanpa mengubah kebaikan minyak yang ada.

Diantara kelebihannya adalah:

  • Diimport dari Sri Lanka yang terkenal serata dunia sebagai pengeluar minyak kelapa dara terbaik dunia.
  • Keseluruhan proses dijalankan bawah 60 darjah Celsius tanpa mengubah kebaikan minyak.
  • Mendapat pensijilan Halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM.
  • Mendapat pensijilan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU).

Mengapa perlu amalkan Minyak Kelapa Dara ?

  • Minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas di dalam badan.
  • Sumber tenaga yang cepat (lemak sihat).
  • Minyak kelapa dara yang ditambah dalam diet yang seimbang dapat membantu pengurangan kolesterol dan penurunan berat badan.
  • Kepelbagaian nutrisi penting seperti asid lemak, vitamin dan mineral dapat memberi kebaikan kepada tubuh badan kita.

Mengandungi:

  • Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik iaitu asid lemak (lemak sihat) rantaian sederhana atau turut dikenal sebagai medium-chain fatty acids (MUFA) yang mempunyai banyak khasiat.
  • Aroma yang wangi dan sesuai untuk masakan harian anda.

Kaedah Penyimpanan:

  • Simpan di kawasan sejuk, kering dan bebas bau pada suhu bilik.
  • Pastikan botol ditutup dengan rapi setelah dibuka.
  • Habiskan dalam masa 2 bulan (maksimum) setelah dibuka.

Cara penggunaan:

  • Boleh dimakan terus (1 sudu besar) atau digunakan untuk memperasakan salad dan menu masakan harian anda.